Rabu, 27 Februari 2008

--={@ c|nTaKu xpeRlu kaN s|mpaT| @}=--


petang ni aku rasa sedih sangat2..aku rasa aku xperlu hidup pun..bukan aku punya apa2 jika aku hidup..malah jika aku teruskan kehidupan ni aku akan rasa aku semakin xberguna..aku xdiperlu kan pun untuk sesiapa2..aku xperlukan simpati sesiapa pun untuk menyayangi aku..sebab sebelum ni pun aku dah mula biasa hidup tanpa orang menyayangi aku..tapi sekarang kenapa ada orang datang kepadaku untuk menyayangi aku??aku xperlukan kasih sayang dari simpati dia tu..lebih baik dia menjaga hati dan perasaan teman wanita dia dari dia terus meluah kan kata2 sayang dia kepadaku..aku xnak nanti ada yang menuduh aku perampas sedangkan aku ni hanya melukut di tepi gantang je di dunia ni..adanya aku xdiperlukan dan jika aku tiada..tiada membawa apa2 perubahan pun..jadi sebelum simpati kau itu akan membuat aku sayang kepada kau lebih baik aku undur kan diri..kerana aku tahu satu hari simpati kau yang berubah menjadi sayang itu akan membuat aku menangis dan aku akan rasa kekosongan semula..jadi biarlah aku jalani hidup aku seperti sedia kala..kerana sebelum ini aku sudah biasa menangis seorang diri didalam kegelapan malam tanpa perlu kan sesiapa pun..dan tiada siapa pernah mendengar rintihan ini..sudah berkali aku bilang aku sudah biasa dengan kekecewaan dan aku sudah terbiasa dengan kelukaan..lupa kan lah aku kawan..kau jalani hidup kau seperti biasa sebelum kau berjumpa aku dan aku xkan berubah sedikit pun kerana aku tetap aku untuk selama2nya..

Selasa, 26 Februari 2008

--={@ haNya keNanGaN @}=--


kadang2 aku selalu terfikir kenapa sesetengah lelaki mementing kan paras rupa seseorang..xkira la dalam persahabatan atau percintaan..penting ke itu semua untuk perhubungan dan diorang juga nak teman wanita diorang seorang yang sempurna..kata orang kalau kita dah sayang kan seseorang tu kita akan terima dia seadanya dan xsemua lelaki boleh terima teman wanita nya seadanya..dan kadang2 aku terfikir alangkah baiknya jika aku dapat kembali merasai percintaan di bangku persekolahan..perasaan dan cinta sejati dan yang pastinya memorinya sukar di lupakan sampai bila2..semua kami kongsi bersama dan masing2 sanggup berkorban antara satu sama lain walaupun waktu itu kami masih lemah..aku pasti jika di beri peluang kedua pasti semua ingin kembali ke percintaan bangku persekolahan..barangkali ada yang anggap cinta di bangku persekolahan adalah cinta monyet tapi bagi aku itu adalah cinta yang betul2 suci kerana waktu itulah cinta yang betul2 lahir dari hati yang masih suci..tapi cinta itu macam mimpi dia muncul di depan aku dan dia tinggal kan aku tanpa khabar berita..segala2nya berlalu dengan cepat..kini yang tinggal hanya memori dan kapal terbang kertas yang di tulis saya cinta awak..

Sabtu, 23 Februari 2008

--={@ c|nTaKu keKoSoNgaN @}=--


bosan nya hari ni..aku merasakan terlalu panjang masa untuk aku lalui hari ini..setiap saat yang aku rase kan terlalu kosong..kadang2 sampai satu tahap aku merasakan aku dah bosan untuk hidup..tapi kalau aku mati sekalipun xkn dapat merubah apa2..dunia tetap seperti biasa dan dia juga akan hidup seperti biasa..semakin hari aku merasakan hidup aku seperti tiada makna..aku sunyi..aku rasa kosong yang amat sangat..aku perlukan seseorang yang boleh mendengar masalah aku..seseorang yang boleh menyayangi aku..sampai bile aku nak meluah kan perasaan aku dengan blog??aku manusia biasa yang punya keinginan untuk mencintai dan di cintai..tapi aku xnak kecewa lagi..walaupun aku mencintai dia dari jauh sekurang2nya aku xkn kecewa..lagi pun jika aku mencintai dia dari jauh aku pasti tidak akan kehilangan dia..manusia lazim nya akan menjalani sesuatu perkara tanpa mengikut harapan sendiri..namun mengapa aku hanya tidak mahu menelan kebenaran ini apabila di belenggu kesedihan..adakah aku seorang pengecut atau aku seorang yang lemah..aku bukan seorang yang lemah cuma aku tidak cukup kuat untuk menerima kehadiran perasaan kekecewaan itu lagi..aku terlalu mencintai kamu..dengan terlalu mencintai lah kuat juga kemungkinan yang aku akan kecewa semula..cukuplah aku menangisi kepergian cinta itu..aku masih lagi teringat pesan mak padaku dicintai lebih baik dari kita mencintai orang yang tidak pernah mencintai kita..kerana lama kelamaan cinta kita itu akan menjadi racun dan akan membuat kan perasaan kita terluka...

Rabu, 20 Februari 2008

--={@ c|nTaKU daN keMat|aNku t|aDa maKna buaT mU @}=--


permulaan hari yang indah..angin pagi mulus meniup di pipi..manjalani rutin harian seperti biasa..melayani fikiran sendiri..tiba2 aku terima satu mesej pesanan ringkas..aku membaca dengan teliti..aku kenal benar dengan nombor telefon tu..nombor yang dulu nya cukup aku hafal kerana menghantar dAn menerima mesej pesanan ringkans dari numbor itu sudah menjadi kebiasaan aku dulu..seketika aku teringat kan memori lama aku bersama pemilik nombor itu sambil aku berfikir..gembira kah aku menerima mesej dari nya..teruja kah aku untuk membaca mesej nya..tahukah dia sedikit pun tidak terdetik di hati kecil ku gembira malah aku mulai sedih..sedih memikir kan memori sewaktu dengannya..tahukah dia setelah hati dilukai,segala kenangan manis menjadi pahit dan kenangan sedih terpaksa di lalui..tapi aku masih cuba untuk menyimpan kenangan manis itu dalam ingatan aku kerana walaupun kini kenangan itu menjadi pahit sekurang2nya kenangan itu pernah membuat aku tersenyum..jauh di lubuk hatiku ingin sekali aku mengucap kan kepadamu terima kasih kepada kau kerna sudi menjadi sebahagian memori indah dalam hidup ku..aku sedar bukan salah kau meninggal kan aku..tetapi salah aku kerana terlalu mencintai dan menyayangi kau sehingga aku lupa setiap pertemuan pasti ada perpisahan..dan sampai sekarang aku masih belum pernah jumpa jawapan untuk persoalan kenapa kau hadir dalam hidup ku tanpaku pinta tetapi bila aku memerlukan kau,kau tinggal kan aku keseorangan..yang kau tinggal kan hanyalah kesedihan dan kepedihan..hanya air mata yang menjadi teman aku setiap hari..tahu kah kau,aku juga seperti insan lain yang mempunya hati dan perasaan yang mulus dan mudah tercalar..sedar kah kau dulu aku pernah mencintai kau sepenuh hati ku..tapi aku sedar siapalah aku untuk kau terima cintaku..aku sedar aku hanya seorang gadis yang tidak punya apa2 keistimewaan dan aku bukanlah gadis idaman setiap lelaki..andai aku mati sekali pun pasti tiada siapa yang akan meratapi kematian aku..

Selasa, 19 Februari 2008

--={@ keH|LaNGaN |mP|aN c|nTaKu @}=--


setiap manusia pasti punya impian..lebih2 lagi seorang budak perempuan macam aku..dan setiap manusia pasti ada impian cinta masing2..apa impian cinta aku???impian aku sama macam semua orang..pasti nya aku mahu kan kebahagiaan yang sejati..kebahagiaan yang di kongsi bersama lelaki yang di cintai dan yang mencintai kita..dan lelaki yang sanggup berkorban apa saja demi kita..yang sentiasa menemani kita xkira susah atau senang..berkongsi kesusahan dan kegembiraan dengan kita..yang boleh memanja kan kita di kala kita berduka..menjadi teman berbual sebelum tidur dan mengisi kekosongan jiwa ini..mencipta satu kisah cinta bersama lelaki yang kita cintai memang indah..tapi bukan setiap cerita yang kita cuba cipta kan itu akan menjadi cerita kita..dan bukan semua cerita cinta itu kita princess nya..walaupun prince cerita yang cuba kita cipta tu lelaki yang kita cintai..dan sebab itu lah ada nya kekecewaan dalam percintaan..semua pemuja cinta pasti akan merasa kekecewaan itu..dan aku juga tidak pernah terkecuali untuk merasa apa itu kekecewaan dan rasa pedihnya kekecewaan itu..kekecewaan yang amat sangat sehingga pada satu tahap dari seorang gadis yang periang aku menjadi gadis yang melalui hari2 dengan tangisan kekecewaan..sambil memikir manakah pergi janji2 manis yang pernah di lafaz kan..dan kenapakah aku di hukum sebegini rupa..aku diibarat kan hilang separuh nyawa..nyawa itu hilang bersama2 cinta yang aku harap akan membahagiakan aku tapi telah membunuh aku sedikit demi sedikit walaupun tidak terlihat oleh mata kasar..walaupun begitu aku masih tetap ingin mencapai impian cinta aku iaitu bersama dengan lelaki yang boleh terima diri aku seadanya dan boleh membahagia kan aku sehingga menutup mata...

Senin, 18 Februari 2008

--={@ peRsoaLaN t|aDa kEpaSt|aN @}=--


di senja ini bebola mata ku tertumpu pada skrin komputer..aku terpandang kata2 oleh seorang teman cyber yang boleh membuat kan aku rasa selesa..aku ada menyatakan manusia boleh berubah dalam sekelip mata..dia lantas menjawab,sesaat itu xkn hilang kalau bukan kita yang membuat,hati xkn hancur kalau tak di sakiti,jiwa xkan sedih kalau selalu diingati..ya aku mengakui benar kata2 kau wahai sahabat..jiwa xkan sedih kalau selalu diingati tapi dia selalu ke ingat kan aku???atau aku sahaja yang sentiasa memikir kan dia...setiap saat dia muncul dalam kotak fikiran aku..aku takut??aku bimbang??aku rindu??ya semua bermain dengan cukup pantas sehingga aku sukar untuk mencari jawapan yang benar2 boleh melegakan hati yang dalam kesedihan..kerana fikiran aku tertumpu pada satu persoalan yang akan menjadi jawapan pada semua yang aku rasa kan..dengan mencintai dia aku menjadi seorang yang pengecut..aku takut sangat2 takut apabila bila tiba masa aku kena berdepan semula dengan rasa pedih dan terluka yang amat sangat yang pernah aku rasakan dulu...adakah aku betul2 bersedia dengan setiap keputusan yang akan dia buat seperti yang aku ceritakan kepada mu sahabat???aku tahu itu satu jawapan yang lahir dari mulut tapi bukan jawapan yang betul2 lahir dari hati kecil ku..setiap manusia pasti ingin kan satu keputusan yang membahagia kan lebih2 lagi keputusan itu akan di tentukan oleh orang yang kita cinta...tapi jika dia beri keputusan yang akan membuat aku kecewa pun aku tetap akan terima..kata orang xsemestinye kita akan dapat bersama dengan orang yang kita cintai..jadi biarlah aku simpan saja dalam hati sekurang2 nya aku masih ada harapan untuk bersahabat dengan dia..biarlah aku mencintai dia dari jauh asal kan dia bahagia...

Minggu, 17 Februari 2008

--={@ teRimaLah aKu sEaDanYa @}=--


aku adalah seorang gadis biasa yang xkan dapat lari dari membuat kesilapan,aku hanya gadis kecil yang masih lagi ingin kan keseronokan walapun kadang aku bersifat keanak2kan tapi xbermaksud aku tiada hati dan perasaan..selami lah jiwa aku sebagai seorang gadis biasa..terimalah aku seadanya...bukan setiap kegembiraan yang aku tunjuk kan itu menunjukkan aku benar2 gembira..adakala aku pasti berduka cuma aku tidak pernah melafaz kan yang aku berduka..kerana aku tidak mahu orang di sekeliling aku bimbang kan aku..aku lebih rela berjalan di dalam hujan untuk menutup air mataku dari orang sekeliling aku tahu yang aku sedang bersedih...walaupun aku masih mentah dalam dunia ini dan masih jauh lagi perjalanan yang harus aku tempuh kadang kala aku cuba untuk berdiri di kaki sendiri dan berdikari sendiri tanpa mengharap kan orang lain..kenali lah aku sedalam2nya sebelum menilai diri aku..barangkali pada luaran aku seperti gadis yang kuat tapi pada hakikat aku adalah seorang gadis yang mempunya hati yang terlalu sensitif mungkin ini semua kesan dari kelukaan lama yang pernah singgah di hati kecil ini..terima kasih kawan kerna berjaya buat aku menangis..terima kasih juga kerana berjaya melukakan hati aku iaitu seorang insan yang lemah yang masih mencari tujuan sebenar..tapi kawan tahukah kamu bahawa semua itu tidak pernah mematah kan sedikit pun semangat aku..air mata ku yang mengalir deras xbermaksud aku kalah tetapi dengan cara menangis lah aku dapat mengubat kedukaan aku dengan sendiri..dan terima kasih tidak terhingga juga kerana kau sudi singgah di hati ini walaupun sekejap tapi aku dapat merasa apa itu bahagia..bahagia yang berjaya buat aku tersenyum..walaupun senyum itu sudah hilang tapi aku percaya satu hari nanti senyuman itu akan kembali semula seperti sedia kala cuma masa yang dapat menentukan..tahukah kawan sesungguh nya tenaga aku tidak kuat lagi untuk mengubati luka lama..tapi aku tetap akan cuba walaupun aku terpaksa merangkak di dalam gelap dan sunyi sepi...aku rasa cukup la untuk aku memandang,mendengar apa juga jenis benda yang ada kena mengena dengan diri kau kerana aku bimbang kedukaan yang sudah sedikit pulih akan berdarah semua dan aku bimbang kali ini akan semakin parah...ingatlah kawan aku tetap aku dan aku xkn berubah jadi terimalah aku seadanya kawan...

Sabtu, 16 Februari 2008

--={@ c|nta yanG |ndah @}=--


hari ini aku masih bernafas dengan izin tuhan,ini bermakna aku masih boleh merasa keindahan cinta,menghirup udara yang segar,dan aku masih lagi boleh melihat dia...dan aku seperti biasa masih lagi memuja kehebatan cinta..memuja manis nya kasih dan akan terus memuja keindahan sayang..melalui hari2 aku yang di sulami melodi2 cinta...diiringi rasa sayang dan cinta terhadap dia yang semakin mendalam cukup lah untuk aku menjalani hidup2 ku dengan tenang dan damai..barangkali ada yang terfikir kenapa aku terlalu memuja cinta yang belum pasti akan berakhir dengan kegembiraan.. cinta kadang kala seperti satu pentas lakonan dan pelakon nya adalah aku dan dia dengan watak2 yang di cipta oleh kami..babak pula tercipta bila halangan dan rintangan yang biasa di lalui oleh setiap pemuja cinta..jika kita dapat membawa watak dengan baik maka baiklah perjalanan cinta itu....dan pada satu2 masa juga cinta yang pada mula nya indah juga boleh menjadi racun yang dapat membunuh sang pemuja cinta...setiap hari juga istilah cinta kita akan berbeza kerana setiap hari kite akan melalui macam2 cubaan dan dugaan...aku harap esok cintaku akan indah seperti warna pelangi....

Jumat, 15 Februari 2008

--={@ beRmuLanyA c|nTaKu @}=--


setiap insan pasti akan ada perasaan cinta..tak kira lah cinta terhadap ibu dan ayah..cinta terhadap maha pencipta..dan ada juga cinta terhadap kekasih..apa yang ingin aku coret kan disini hanyalah sebagai satu lambang cinta aku kepada seorang mahluk allah..walau bagaimana pun allah tetap la menjadi cinta yang teratas..kerana dengan izin dia juga lah aku masih lagi hidup dan dapat merasa kasih dan sayang...dan kerana dengan izin dia lah aku menemui cinta suci..tapi sampai bilakah cinta itu akan bertahan??apa akan jadi pada diri aku bila cinta itu berakhir..adakah nafas aku akan berhenti...aku tahu setiap percintaan pasti ada dugaan...dan setiap pertemuan pasti ada perpisahan cuma aku xtau cepat atau lambat perpisahan itu..aku sebagai hambanya aku hanya mampu berdoa dan dia yang akan menentu kannya...mungkin dengan umur aku yang masih mentah aku masih boleh mencari dimana cinta sejati..tapi di sudut kecil hati aku,aku mahu kan cinta ini adalah cinta sejati,cinta hingga ke akhir hayat kerana walaupun umur aku masih mentah tapi aku telah banyak merasa pahit dan manis nya cinta..walaupun pahit lebih banyak yang aku rasa kan,aku tetap akan mencari cinta itu kerana cinta itu adalah anugerah yang suci..dan setiap yang pahit itu aku telan kerana yang pahit itu lah akan menjadikan aku semakin matang dan dewasa..dan sedikit xpernah terdetik di hatiku untuk berdendam atau membenci sesiapa..kerana aku tahu semua yang jadi pasti ada hikmah nya..kehidupan manusia ibarat roda adakala kita di atas akan di sanjung,dimanja dan di belai tapi apabila kita di bawah kita pasti akan dilupakan begitu juga lah cinta bila mula2 bercinta semua nya manis..tapi kerana kesalahan aku yang kecil ibarat sebutir pasir pantai itu di perbesar kan sedangkan semua kesalahan itu berpunca dari dia juga...aku berharap dengan permulaan yang sempurna cintaku ini..dia akan berakhir dengan kebahagian juga untuk cintaku...