Rabu, 26 Maret 2008

--={@ anda| @}=---


andai aku tahu aku akan kecewa...lebih baik aku bersendiri

andai aku tahu aku adalah boneka dimata kau...lebih baik kau tidak memandang aku

andai aku tahu mencintai kau itu satu penyiksaan...lebih baik aku tidak punya perasaan itu

andai aku tahu aku akan keseorangan...lebih baik aku keseorangan dari dulu

andai aku tahu aku punca kau terpaksa buat keputusan...lebih baik aku tak pernah tanya keputusan kau

andai aku tahu kata2 mu hanya dusta...lebih baik aku tidak mempercayai kau

andai aku tahu cinta kau hanya sementara...lebih baik aku tidak punya cinta itu

andai aku tahu sayang aku itu murah buat mu...lebih baik aku memberi kau sampah

tapi tahukah engkau yang aku masih mencintai kau dan akan mencintai kau selagi aku mampu bernafas








--={@ luka |tu |ndah kah d|a @}=--


sedih nya aku hari ini...sudah seminggu lebih barangkali aku menjalani hari2 aku dengan kesedihan yang amat sangat..tapi aku tidak mampu menangis..tapi aku tahu hati dan perasaan aku sentiasa menangisi kepedihan yang aku tanggung ini...aku kehilangan orang yang aku sangat sayang...lemah nya aku...acap kali rakan2 mempunya masalah aku pasti akan memberi sedikit nasihat dan kata2 semangat untuk mereka..tapi kini apabila tiba giliran aku..kenapa aku seperti sudah kehilangan sesuatu yang selama ini menjadi punca aku bersemangat untuk meneruskan perjalanan hidup ini..mana pergi kata2 semangat aku yang sentiasa aku berikan kepada rakan2 ku yang dalam kesedihan dan kekecewaan..ya allah kenapa aku mesti rasa kepedihan ini..kenapa ini semua harus berlaku dalam sejarah hidup aku..kadang kala aku merengus dalam diri sendiri sambil memikirkan...kenapa dia hadir dalam hidup aku jika dia hadir untuk menghancur dan memberikan kekecewaan dalam hidup aku...kini yang tinggal dalam benak hati aku hanyalah aku ingin pergi jauh tanpa memandang dia sekali pun walaupun aku amat mencintai dia...tapi aku tetap punya maruah..cukup la aku membuang jauh semua keegoan aku dulu dengan menyatakan aku mencintai kau...kegembiraan yang kau beri selama ini tidak aku menyangka ia nya hanyalah sebuah sandiwara yang kau cipta sedangkan aku menaruh kepercayaan yang penuh terhadap kau..dan sekarang kau pasti puas dengan ape yang kau lakukan terhadap aku dan perasaan ku...terima kasih teman

Kamis, 20 Maret 2008

---={@ aPakaH c|nTa @}=--


cinta..apakah cinta???cinta terlalu banyak maksud yang diuangkap kan oleh semua orang yang bercinta..kerana setiap yang bercinta pasti akan melalui saat bahagia dan saat kekecewaan yang berbeza2..tapi bagi aku cinta adalah satu anugerah yang boleh membuat kita kehilangan diri kita..ketika itu kita akan rasa kita di awang2an dan apa bila kita tersedar dari itu semua..barulah kita tahu bahawa cinta itu hanyalah satu kelukaan bukanya bahagia yang berpanjangan..tapi mungkin waktu itu semua nya sudah terlewat..kerana kebahagiaan cinta itu telah pun berubah menjadi kekecewaan dan kepedihan..waktu itu senyum tawa kita akan hilang...yang tinggal hanya tangisan yang ingin kan penawar kepada kepedihan itu..tapi malangnya tiada siapa menjumpai luka yang ingin di ubati itu..yang ada hanyalah rasa pedih yang amat sakit..kepedihan itu juga akan menyebab kan dunia ini seperti gelap sementara..dan apabila kekecewaan itu akan pulih sedikit maka dunia ini akan terang seperti sedia kala..tetapi waktu itu dunia ini ibarat asing bagi kita kerana dalah hati ini sudah penuh dengan kekecewaan dan hilang kepercayaan terhadap semua orang...dan aku pasti semua akan merasai semua itu..tiada siapa pun akan terkecuali termasuk aku..kerana kita semua adalah insan biasa yang punya perasaan untuk mencintai dan dicintai...dan cinta itu juga akan hadir tanpa kita sedari...walaupun begitu..kenapa masih ramai mencari cinta termasuk aku???masih lagi menunggu cinta sejati..sedangkan kadang kala aku sudah fikir yang tiada cinta yang boleh lahir dalam hati aku ini selepas dia...ya tuhan..gila kah aku ini kerana sehingga sekarang aku masih menunggu dia sedangkan aku tahu tiada kasih dan sayang lagi dalam hatinya untuk aku...dan bayang2 aku juga tidak akan lahir dimatanya lagi...dan sebab dia juga aku akan menghilang kan diri dari dia dan semua untuk selama2nya..aku ingin menjalani kehidupan baru selepas aku kehilangan dia...pemergian aku ini..barangkali aku cuba untuk melupakan dia..kerana aku perlukan sesorang yang boleh mengambil berat terhadap aku bukan seorang lelaki yang tidak pernah memikir kan aku walau sesaat pun...

Sabtu, 08 Maret 2008

--={@ kekosonGaN @}=--


dalam kepekatan malam..diiringi bunyi guruh yang kuat ditambah dengan desiran hujan yang lebat..tapi dalam bilik itu masih sunyi sepi..cuma sesekali dapat mendengar tangisan seorang gadis..tapi semua keadaan di sekeliling bilik itu tetap sama..jendela melambai2 ditiup angin malam yang dingin tapi dia masih memeluk tubuh di satu sudut kamar tidurnya..dia mula meraba2 pipi nya dan dia merasakan pipinya basah dihujani dengan air mata..dia bertanya sendiri adakah dia takut mendengar dentuman bunyi guruh itu??tidak...dia xtakut pun tapi yang dia tangiskan adalah kerana dia kekosongan jiwanya..dia inginkan kasih sayang dari seseorang yang boleh terima dia seadanya..yang boleh menjaga hati dan perasaan dia yang pernah terluka kerana seorang lelaki itu dengan baik..dia xpernah meminta untuk menyayanginya seperti menatang minyak yang penuh tapi cukup la sekadar mengisi kekosongan jiwa itu dengan sedikit kasih sayang dan perhatian..dia sedar dia tidak bisa menjadi puteri idaman yang lelaki itu impikan kerana dia hanya gadis biasa..dia juga tidak bisa bermain madah indah kerana dia bukan penyair syair cinta...tapi tahukah lelaki itu setiap kata2 manis yang keluar dari bibir itu yang dicipta semua nya lahir dari hati kerana kata2 manis dia hanya untuk kekasih hatinya sahaja..dan dia juga telah lame tempat kan lelaki itu dalam hatinya..sebelum lelaki itu tahu betapa dia sayang kepada lelaki itu..dia sering kali mencari perhatian untuk cuba menonjolkan dirinya untuk lelaki yang disayangi itu menyapanya..tapi sekarang tu semua berakhir setelah dia sedar yang lelaki seperti kau yang hanya impi kan seorag puteri xkan memandang pada gadis seperti dia..cuma dia harap kau akan sedar dan tahu satu hari nanti bahawa dia sentiasa menyayangi dan sentiasa menunggu kau kerana kau pernah memberi dia sedikit harapan..dan dia xkn pernah lupa kata2 yang pernah kau lafaz kan..kau berjanji walau apa pun terjadi kau tetap akan sayang dia..tapi itu semua hanyalah kata2 yang sentiasa bermain di mulut kau..atau kau juga menganggap dia hanyalah boneka dan kenapa kau xpernah fikir yang dia juga mempunyai perasaan seperti kau..ya dia suka sangat terhadap lelaki itu..lelaki itu juga sentiasa bermain di dalam fikiran dia..tapi dia sedar..dia tidak boleh menaruh harapan kerana dia tahu orang yang disukai lelaki itu bukan lah dia....dan pagi berikut nya dia bangun sambil tersenyum bukan kerana ada sinar kebahagian tapi kerana dia mimpi kan lelaki yang xpernah menghargai dia...

Jumat, 07 Maret 2008

--={@ jaRak kau daN aKu @}=--


biar ada lenggang kabus suram,biar ada dansa geledek tajam,biar ada tambur gerimis malam,biar ada kidung badai dendam pada simpang siur jalan,takdirku mengarang sisipan musim rancung,menyamping roh dari tubuh ku,menyentak aku dari namaku,namun di antara kita,kekasih jauhnya cuma sehasta angin..

Kamis, 06 Maret 2008

--={@ mem0R| Luka c|nTaKu @}=--


walaupun masa sudah berlalu..rindu dan sayang aku terhadap kau masih seperti dulu..namun sekarang hanya kenangan kita saja yang menemani aku hari demi hari..apa aku fikir kan ini??kan sepatutnya semua sudah berlalu..tapi untuk melupakan kau memang amat sukar..kerana kau sentiasa hadir dalam ingatan dan setiap nafas aku pasti ada kau..walaupun hanya aku saja dapat merasai kehadiran kau itu tapi ia amat memadai bagi aku yang sentiasa merinduimu xkira siang mahu pun malam..kerana cinta dan rindu aku kepada kau xpernah mengenal waktu..sesungguhnya kau pernah memberi harapan dan kegembiraan dalam hidup aku..dan kau juga sentiasa mewarnai hidup aku dengan pelangi yang indah..pelangi itulah kasih sayang dan senyum tawa kau..tapi malangnya kau juga yang melemah kan semangat aku untuk terus hidup..aku masih ingat salah satu kata2 kau kepadaku waktu itu hujan lebat membasahi bumi..dan aku mendengar kata2 kau dalam samar2 kerana lebat nya hujan petang itu..kau memberi tahu kepadaku bahawa aku ibarai cebisan kerang didalam hati kau..kau kata aku memberi sinar kepada hidup kau yang suram..tapi aku sepatutnya sedar dari awal lagi yang kata2 itu akan bertahan hanya sementara sahaja..dan aku perlu ambil kisah dengan maksud kata2 dia itu..kerana aku hanyalah secebis kulit kerang yang belum pasti akan lama bertahan disitu atau pun tidak kerana apabila ombak memukul pantai..cebisan kerang itu pasti akan hilang..seperti itulah juga aku dihati kau..apabila ada gadis lain yang menyentuh hati kau..aku yang hanya cebisan kerang ini pasti akan lenyap dalam hati kau bersama2 kenangan2 kita...kini apabila aku tidak dapat tidur malam..aku pasti akan mengimbas kenangan kita untuk merasai kehadiran dan merasakan kau menemani dan memelukku sepanjang malam..mengubat kerinduan hati aku sepanjang malam..aku harap kau berbahagia dengan jalan yang telah kau pilih..dan yang pasti kasih dan sayang kau masih lagi berbekas dalam hati ku...

Senin, 03 Maret 2008

--={@ hat|ku teRLuka @}=--


permulaan yang baru untuk minggu yang baru..tapi bagi aku semua nya masih sama tiada apa2 perubahan..dan aku seperti biasa masih tetap mencintai dia dan masih berharap dia menerima aku walaupun aku tahu aku sudah tiada apa2 harapan..setiap saat aku memikirkan dia..air mata sentiasa menemani dan sampai satu tahap aku sudah tidak punya air mata untuk di keluarkan..setiap kali aku memikirkan dia aku akan rasa pedih..sangat pedih dan kadangkala aku merasakan hati aku seprti ditusuk2..dan pada waktu itu juga aku sedar yang aku sudah tidak cukup kuat untuk bertahan lagi..aku rasa biarlah dialelaki terakhir yang aku cintai..kerana aku sedar yang racun cinta dan kekecewaan itu telah pun menyelinap masuk ke setiap pembuluh darah aku dan aku sangat pasti aku hanya menunggu masa sahaja untuk jatuh dan tersungkur kerana kekecewaan ini..mungkin selalu dalam fantasi gadis remaja seperti aku mengingin kan seorang lelaki yang mencintai kita untuk menyambut kita ketika itu tapi aku xpunya dia kerana dia hanya hadir dalam hati aku..dia hadir kerana aku ukir dia dalam hati aku sehingga aku tidak berjaya memadam apa2..dan kadang2 aku berdoa kepada tuhan untuk memadamkan semua ingatan aku kepadanya kerana semakin aku mengingatinya semakin aku terluka bukan niat aku untuk melupakannya tetapi dengan keadaan aku yang tidak cukup kuat untuk menerima kepedihan itu..kini aku juga sudah punya jawapan pada persoalan yang sentiasa bermain di kotak pemikiran aku..ya allah ya tuhan ku seksanya yang aku rasakan dengan pembalasan yang aku dapat kerana mencintai dia setulus hati..mungkin sekarang aku mampu menipu orang lain dengan menyatakan yang aku sudah berhenti untuk mencintai dia tapi aku sudah tidak mampu menipu diri aku sendiri kerana aku sangat mencintai dia dan juga merindui dia sedalam2nya kerana setiap kata2 manis yang aku ucapkan hanyalah untuk kekasih hati aku..sekarang yang aku rasakan adalah aku semakin lama semakin jauh dari dia walaupun kadang kala jarak kami hanya sehembus angin saja tetapi seperti ada jurang yang memisah kan kami..aku mencintai dia sedalam2nya dan lebih dari yang dia tahu..malah bukan itu saja aku juga telah mengukir dia dalam hati aku dan sekarang aku sedar itu semua adalah kesilapan aku kerana aku ukir dia didalam hati aku yang mulus itu terlalu dalam sehingga menyebabkan hati ako luka dan cedera parah..aku juga sudah kehabisan tenaga untuk merawat luka di hati aku sendri..jadi biarlah dia berdarah selamanya janji tiada siapa yang akan menambah kelukaan itu semula..biarlah darah itu berhenti bersama dengan degupan jantung aku ini...