Sabtu, 16 Agustus 2008

---={@ LeLak| @}=---


lelaki???
sukar difahami tetapi sentiasa memahami....
lelaki???
sukar dicintai tetapi sentiasa mencintai....
lelaki???
sentiasa dinanti tetapi tidak pernah menanti....
lelaki???
tidak mahu dicurangi tetapi suka mencurangi....
lelaki???
sentiasa berjanji tetapi tidak pernah pegang janji....
lelaki???
benarkah selalu memberi luka tetapi tidak ingin dilukai....
lelaki???
macam2 perangai yang dijumpai tetapi semuanya tidak habis2 menyakitkan hati....
lelaki???
perlukah disisi atau lebih baik menyendiri....
lelaki???
kalau nak tau lebih terperinci pergilah cuba kenali mereka sendiri tetapi jangan sampai terluka sendiri....

---=(@ rAhs|a hAt|ku @)=---


sesugguhnya hati ini amat pedih...
melihat orang yang disayangi...
melukakan hati ini...
namun orang yang disayangi itu tidak mengetahui...
bahawa dia telah melukakan hati ini...
kerna dia tidak mengetahui...
diri ini amat menyayanginya...
lebih dari segalanya...

haruskah rahsia dihati ini diluahkan?
haruskah ianya dipendamkan?
dipendamkan dengan seribu kepahitan dan kepedihan...
sehingga sekian kali...
hati ini memberontak...
fikiran tidak menentu...
air mata menitis...
demi kerana kepedihan yang ditanggung ini...

sesungguhnya aku amat berharap...
suatu hari nanti..
dikau akan mengerti...
akan segalanya...
tentang perasaan ini..
dan aku juga amat berharap...
ianya tidak terlambat...
untukmu...

`--=(@ bayU @)=--


bayu...

nyamannya ku rasakan pabila kau menyapu lembut ke pipi...

kelembutan yang amat menyenangkan hati...

walaupun tidak dapat ku melihatmu namun dapat ku rasakai...




bayu...

aku ingin menjadi seperti kau yang bebes menyapa manusia dengan kelembutan...

kau sentiasa bebas ke mana jua yang kau ingin kan...

kehadiranmu juga amat menyenangkan...




bayu...

andai kau pergi,aku ingin mengiringimu untuk turut terbang bebas bersamamu kemana jua...

ketika itu setiap saat kau berada disisiku dan aku pasti akan merasa bahagia...

dengarlah bisikanku ini dan bawalah aku terbang bebas bersamamu selamanya...