Senin, 03 Maret 2008

--={@ hat|ku teRLuka @}=--


permulaan yang baru untuk minggu yang baru..tapi bagi aku semua nya masih sama tiada apa2 perubahan..dan aku seperti biasa masih tetap mencintai dia dan masih berharap dia menerima aku walaupun aku tahu aku sudah tiada apa2 harapan..setiap saat aku memikirkan dia..air mata sentiasa menemani dan sampai satu tahap aku sudah tidak punya air mata untuk di keluarkan..setiap kali aku memikirkan dia aku akan rasa pedih..sangat pedih dan kadangkala aku merasakan hati aku seprti ditusuk2..dan pada waktu itu juga aku sedar yang aku sudah tidak cukup kuat untuk bertahan lagi..aku rasa biarlah dialelaki terakhir yang aku cintai..kerana aku sedar yang racun cinta dan kekecewaan itu telah pun menyelinap masuk ke setiap pembuluh darah aku dan aku sangat pasti aku hanya menunggu masa sahaja untuk jatuh dan tersungkur kerana kekecewaan ini..mungkin selalu dalam fantasi gadis remaja seperti aku mengingin kan seorang lelaki yang mencintai kita untuk menyambut kita ketika itu tapi aku xpunya dia kerana dia hanya hadir dalam hati aku..dia hadir kerana aku ukir dia dalam hati aku sehingga aku tidak berjaya memadam apa2..dan kadang2 aku berdoa kepada tuhan untuk memadamkan semua ingatan aku kepadanya kerana semakin aku mengingatinya semakin aku terluka bukan niat aku untuk melupakannya tetapi dengan keadaan aku yang tidak cukup kuat untuk menerima kepedihan itu..kini aku juga sudah punya jawapan pada persoalan yang sentiasa bermain di kotak pemikiran aku..ya allah ya tuhan ku seksanya yang aku rasakan dengan pembalasan yang aku dapat kerana mencintai dia setulus hati..mungkin sekarang aku mampu menipu orang lain dengan menyatakan yang aku sudah berhenti untuk mencintai dia tapi aku sudah tidak mampu menipu diri aku sendiri kerana aku sangat mencintai dia dan juga merindui dia sedalam2nya kerana setiap kata2 manis yang aku ucapkan hanyalah untuk kekasih hati aku..sekarang yang aku rasakan adalah aku semakin lama semakin jauh dari dia walaupun kadang kala jarak kami hanya sehembus angin saja tetapi seperti ada jurang yang memisah kan kami..aku mencintai dia sedalam2nya dan lebih dari yang dia tahu..malah bukan itu saja aku juga telah mengukir dia dalam hati aku dan sekarang aku sedar itu semua adalah kesilapan aku kerana aku ukir dia didalam hati aku yang mulus itu terlalu dalam sehingga menyebabkan hati ako luka dan cedera parah..aku juga sudah kehabisan tenaga untuk merawat luka di hati aku sendri..jadi biarlah dia berdarah selamanya janji tiada siapa yang akan menambah kelukaan itu semula..biarlah darah itu berhenti bersama dengan degupan jantung aku ini...

Tidak ada komentar: