
Senin, 05 Juli 2010
--={@ puteRaku @}=--

kadangkala apabila ada seorang putera yang tiba2 muncul dalam hidup kita,dan bisa membuat hidup kita yang suram menjadi indah,kita pasti akan menganggap dia adalah putera idaman kita,sedangkan kadang2 tanpa kita sedari bahawasanya dia mungkinlah seorang putera idaman tetapi mungkin kita bukan lah puteri yang dicipta untuk putera tersebut....dan jika dia adalah putera yang dicipta untuk kita,sudah pastinya banyak halangan dan rintangan yang perlu kita tempuh untuk sampai ke garisan penamat,dimana kita akan memiliki putera yang dicintai dan yang bisa menghabiskan sisa2 hidup bersamanya.....
Kamis, 05 November 2009
--={@ bertepuk sebelah tangan @}=--

cinta bertepuk sebelah tangan????aku pasti semua pasti pernah merasainya....pedih,sakit teramat sangat,rasa sesak nafas atau rasa amat tidak berguna.....adakah rasa itu sama untuk semua yang mencintai orang yang disayangi tanpa diketahui dia atau pun mungkin dia tidak menerima kasih dan sayang kita itu kerna dia mempunyai pilihan hati dia???ingin dilepaskan semua yang terbuku didalam hati tetapi tidak ketahui caranya....ingin cuba menjerit sekuat hati untuk cuba melapangkan kesesakan didalam hati tapi adakah ia benar2 akan berhasil????sesungguhnya cinta itu perlukan pengorbanan....walaupun kita xbisa mempunya dia namun mungkin kita akan bisa mengecapi kebahagiaan bila melihat dia bahagia disamping pilihan dia....
[memang seronok bila dapat bersama dengan orang yang dicintai,tapi amat payah untuk menerima hakikat apabila yang dicintai itu sukar untuk dimiliki]
Senin, 02 November 2009
--={@ 1jam @}=--

tidur untuk 1jam....bangun untuk 1jam....hidup untuk 1jam....dan mati untuk 1jam seterusnya....bercinta dengan seseorang yang benar2 kita cintai selama 1jam....berkorban demi yang kita cintai untuk 1jam....cukupkah masa yang ditetap kan itu????cukupkah masa yang diberi untuk mengecapi bahagia????ia pastinya cukup andai kita bijak menghargai setiap saat yang berlalu itu....ia pastinya akan menjadi saat2 yang amat indah dan sukar dilupakan andai kita menikmatinya dengan betul....hargailah setiap saat yang berlalu bersama dia selagi kita masih mampu bernafas dan masih bersama dia...hingga kehujung harinya.....
--={@ keputusanku @}=---

setiap hari sebelum tidur,aku akan melihat kelendar,aku menghitung hari....menghitung hari dimana apa yang bakal terjadi seterusnya diantara aku,dia dan kisah kami berdua....aku sedar keputusan ini sukar untuk aku buat dan mungkin juga bukan atas kerelaan aku,tetapi jika tidak ku akhiri semua ini sampai kapan aku akan tanggung semua ini????sampai kapan aku harus mewarnai cerita cinta kita dengan warna kebencian dihati masing2....aku sedar tiada lagi rasa sayang itu dihatinya dan tiada lagi sinar kasih dimatanya....aku tahu dia tak mahu menyakiti dan melukakan aku dan bukan niat nya membiar dan mengbuangku seperti sampah....walau apa pun yang terjadi keputusan ini aku redha,kerna aku pasti apa yang berlaku pasti ada hikmah nya....
Minggu, 25 Oktober 2009
--={@ semalam @}=--

kenangan semalam adalah kenangan kita bersama...daripada saat mula kita bertemu disitu....disulami dengan senyuman yang amat indah yang akan disemat didalam hati....berjabat tangan pada pertemuan itu juga diakhiri dengan senyuman dihadiah kan untuk diri masing2 dengan pandangan penuh makna....ketika itu masing2 mengubat kerinduan masing2 dengan senyuman yg indah....ku tatap setiap inci diwajah nya dengan teliti....aku berkata sendiri didalam hati....wajah inilah yang ku rindui....kita menghabiskan waktu kita bersama dengan bercerita tentang kehidupan masing2 apabila saling berjauhan dan disulami dengan gelak dan tawa,teringat lagi ketika itu kita jalan berpimpingan tangan,aku bahagia....bahagia bila ada seseorang yang bisa membuat aku rasa dilindungi....aku dapat merasakn kehangatan tangan kau yang menggenggam kemas tanganku...itulah hari yang membahagiakan dan memori yang amat indah antara aku dan kau....
Sabtu, 24 Oktober 2009
--={@ peluklah d|r|ku @}=--

hari ini aku merasakan kau semakin jauh,semakin jauh meninggal kan aku dibelakang yang dahulunya aku sentiasa merasakan kau memeluk dan sentiasa melindungi diri ini tetapi kini aku merasakan kau sedang melepaskan pelukan itu...
aku ada disini kerna ada dia,aku masih disini kerna aku mahukan dia,aku berdiri disini kerna aku menunggu dia dan aku akan terus disini selagi ada dia....
Selasa, 20 Oktober 2009
--={@ c|ntaku takut @}=---

aku akan rasa sangat takut apabila aku gembira,kerna aku pasti kelak aku akan sedih semula.....aku pernah pesan pada seseorang,awak jangan baik sangat pada saya kerna suatu hari nanti bila awak dah tak baik dengan saya pasti saya akan sedih....aku juga pernah bilang sama teman ku,kamu jangan sayang saya terlalu banyak,kerna sesiapa yang sayangkan saya pasti akan tinggal kan saya suatu hari nanti....
--={@ sampa| menutup mata @}=--

aku bosan sangat,tak tau apa yang ingin aku lakukan,aku cuba menghilangkan bosan aku dengan mendengar mp3 di telefon bimbitku,namun bila aku mula menghayati lagu yang menjadi lagu kesukaanku dan pasti sehingga ke hari ini aku meminati lagu itu kernah lagu itu masih lagi tersimpan didalam memori kad ku dan tak pernah sekali pun aku memadamnya walaupun jarang ku mainkan lagu itu kerna....bila tiba saja dibahagian lirik"oh tuhanku cinta dia,berikanlah aku hidup"cepat2 ku matikan lagu tersebut dan kotak fikiran aku laju mengimbas kenangan sewaktu aku memberi seseorang lagu tersebut,waktu itu aku sedang sakit yang teramat sangat ,namun ku lawan sakit itu,kerna setiap kali aku melihat di skrin telefon ada mesej dari seseorang yang penuh dengan kata2 semangat,tetapi air mata ini menitis tiba2 kerana dalam kemanisan kenangan itu,aku tetap dihantui kejadian suatu petang yang telah menukar semua kenangan manis itu menjadi suatu kenangan yang tak patut aku kenangi lagi,kerna setiap kali aku ingin menikmati saat2 manis itu,aku akan dihantui kejadian petang itu dan pastinya itu adalah suatu kenangan pahit dan sukar untuk aku terima,setiap kali aku teringat kenangan itu aku merasakan dia sedang meragut nyawa dri tubuhku......
--={@ aku tetap beg|n| @}=--

kadang2 aku sedar aku bukan yang sempurna dan pasti ada orang yang disekeliling aku ingin aku berubah untuk mencapai kepuasan dan kehendak diri mereka sendiri tapi sedarlah kawan sesungguhnya.....
aku bukan yang terbaik,aku tak kan jadi yang terbaik dan aku selamanya bukan yang terbaik untuk dirinya,selamanya aku bergini dan hingga kehujungnya aku tetap bergini,aku tetap seperti dulu,aku tak pernah berubah,bukan tidak ku cuba berubah tetapi aku yang xbisa merubah apa pun kernah aku adalah seorang insan yang lemah....
Kamis, 04 Juni 2009
--={@ hati yang terluka @}=--

kesunyian...kebosanan....walaupun aku berada ditempat yang terlalu ramai manusia tetapi jiwaku,hatiku tetap merasakan kesunyian...diwaktu ini jiwaku memberontak untuk melepaskan air mata....tetapi ia tertahan kerna aku masih berada di tempat yang terlalu ramai manusia cuma hati dan persaan ku yang kesunyian....semakin ku pendam...semakin ku tahan...semakin sakit dadaku....aku keliru,aku mencari punca mengapa aku bergini...sakitkah aku...kurang siumankah aku...sedang aku mencari jawapan kepada semua persoalan itu semua...aku terjumpa sekeping hati kecil yang berdarah kerna kelukaan...pabila aku hampiri hati kecil itu aku terdengar esakan tangis seorang gadis kecil yang begitu naif....aku cuba mencari kepastian,adakah hati itu milik gadis kecil tersebut....tanpa aku sedari rupa2nya hati tersebut adalah milikku dan tangisan itu adalah suara hatiku...lantas aku terduduk dan rebah ke bumi dan aku menangis...tanpaku sadari hatiku masih berdarah....hatiku telah disentuh lalu dihancurkan...hukum apakah ini..kini baru ku sedar...setelah hatiku dicuri sidia dikala diperlukan dan kini pabila tidak diperlukan lgi dia membuangnya...
Sabtu, 30 Mei 2009
---={@ maafkan aku hatiku @}=---

lame dah rase nye xmenjengah ke blog ni,aku semakin sibuk dengan rutin harian aku sebagai seorang pelajar....aku pun semakin lupa dan mula mengabaikan tentang kehendak hati aku yang semakjn meronta2 untuk mencari tempat meluah kan ape yang aku rasakan....bukan aku xde tempat nak luah kan....bukan aku tiada sahabat untuk aku luahkan tapi aku lebih senang luah kan disini....kerna bg aku ni lah syurga aku,sahabat sejati aku....aku pasti dia xkn merungut,dia xkn marah aku....aku hanya perlu meluah dengan menaip dan segalanya pasti akan rasa selesa dan hati aku pasti akan berhenti memberontak...maafkan aku bukan aku x tahu kau memberontak tetapi aku terlalu sibuk dan tiada sedikit masa pun untuk mencari masa untuk diluah kan segala2nya...
Selasa, 02 September 2008
---={@ hujan malam @}=---

malam ini...hujan ini....
punah semua harapan dihati...malam ini...hujan ini...
membawa makna yang amat berbekas dihati...
malam ini...hujan ini...
aku sendirian disini...
malam ini...hujan ini...
aku sudah berhenti menanti...
malam ini...hujan ini...
aku sedia undur diri...
malam ini...hujan ini...
segalanya bermula esok pagi...
malam ini...hujan ini...
kini yang ku tunggu tiap pagi hanyalah mentari...
---={@ c|nTa.... @}=---

cinta ibarat sebuah kehidupan...
penuh dengan onak dan duri...
walau apa pun terjadi kita harus meneruskan kehidupan...
makanya mengapa kita harus berhenti mencintai...
kita tidak akan berubah...
tetapi kita mungkin nampak berbeza...
kerna berdepan dengan kekecewaan,kesedihan dan tekanan...
tidak mampu ku melihat cinta...
tapi ku mampu merasainya...
namun amat sukar untuk dipercayai...
tapi cinta membuatkan aku ingin terus percaya...
hingga ia hilang dengan sendiri...
tanpa mengetahui perasaan sebenar aku kepadamu...
kau menyentuh hatiku tanpa sebarang perasaan...
namun bila ku ingin menyentuh hati kau mengapa kau terus berpaling dan pergi untuk selamanya...
cuba melupai seseorang yang kita cintai...
seolah2 cuba mengingati seseorang yang belum pernah kita jumpa...
hujan turun dari syurga...
aku jatuh cinta...
bila hujan mulai reda...
maka hari akan cerah,secerah cinta kita...
ribut datang bawa bencana...
aku masih jatuh cinta...
bila ribut mulai berhenti bila tiba masanya...
maka keadaan akan tenang,setenang cinta kita....
---={@ seKadaR luAhaN @}=---

cinta???
aku benci cinta...
kerna cinta sentiasa membuat aku sedih...
kerna cinta sentiasa membuat aku merana...
kerna cinta sentiasa membuat aku kecewa...
dan kerna cinta juga aku menjadi kosong...
sahabat???
aku benci sahabat...
kerna sahabat aku kehilangan cinta...
kerna sahabat aku hilang semua kepercayaan...
kerna sahabat hati aku hancur remuk...
kerna sahabat juga aku kehilangan perasaan itu...
apa yang aku miliki???
aku adalah pemilik memori pedih itu...
aku adalah pemilik cinta yang telah dibuang itu...
aku miliki sahabat yang pandai berpura2...
aku memiliki luka yang tidak pernah berhenti berdarah...
aku juga milikki perasaan bencikan kehidupan ini...
aku juga memiliki kekuatan untuk teruskan kehidupan ini walaupun aku benci akan kehidupan ini..
aku adalah debu...
aku adalah kotoran tak berarti...
maka itu aku ada disini...
kerna aku tak berarti...
aku adalah debu...
aku adalah kotoran tak berarti...
suatu hari andai kehadiranku tidak disenangi...
aku pasti akan pergi membawa diri ini...
Sabtu, 16 Agustus 2008
---={@ LeLak| @}=---

lelaki???
sukar difahami tetapi sentiasa memahami....
lelaki???
sukar dicintai tetapi sentiasa mencintai....
lelaki???
sentiasa dinanti tetapi tidak pernah menanti....
lelaki???
tidak mahu dicurangi tetapi suka mencurangi....
lelaki???
sentiasa berjanji tetapi tidak pernah pegang janji....
lelaki???
benarkah selalu memberi luka tetapi tidak ingin dilukai....
lelaki???
macam2 perangai yang dijumpai tetapi semuanya tidak habis2 menyakitkan hati....
lelaki???
perlukah disisi atau lebih baik menyendiri....
lelaki???
kalau nak tau lebih terperinci pergilah cuba kenali mereka sendiri tetapi jangan sampai terluka sendiri....
---=(@ rAhs|a hAt|ku @)=---

sesugguhnya hati ini amat pedih...
melihat orang yang disayangi...
melukakan hati ini...
namun orang yang disayangi itu tidak mengetahui...
bahawa dia telah melukakan hati ini...
kerna dia tidak mengetahui...
diri ini amat menyayanginya...
lebih dari segalanya...
haruskah rahsia dihati ini diluahkan?
haruskah ianya dipendamkan?
dipendamkan dengan seribu kepahitan dan kepedihan...
sehingga sekian kali...
hati ini memberontak...
fikiran tidak menentu...
air mata menitis...
demi kerana kepedihan yang ditanggung ini...
sesungguhnya aku amat berharap...
suatu hari nanti..
dikau akan mengerti...
akan segalanya...
tentang perasaan ini..
dan aku juga amat berharap...
ianya tidak terlambat...
untukmu...
`--=(@ bayU @)=--

bayu...
nyamannya ku rasakan pabila kau menyapu lembut ke pipi...
kelembutan yang amat menyenangkan hati...
walaupun tidak dapat ku melihatmu namun dapat ku rasakai...
bayu...
aku ingin menjadi seperti kau yang bebes menyapa manusia dengan kelembutan...
kau sentiasa bebas ke mana jua yang kau ingin kan...
kehadiranmu juga amat menyenangkan...
bayu...
andai kau pergi,aku ingin mengiringimu untuk turut terbang bebas bersamamu kemana jua...
ketika itu setiap saat kau berada disisiku dan aku pasti akan merasa bahagia...
dengarlah bisikanku ini dan bawalah aku terbang bebas bersamamu selamanya...
Selasa, 06 Mei 2008
--={@ keNangaN |tu @}=--

kenangan itu satu keindah...
kenangan itu menjadikan kita semakin matang...
kenangan itu satu kepedih...
kenangan itu satu kemanisan...
kenangan itu adalah ciptaan kita...
kenangan itu membuatkan kita semakin terluka...
kenangan itu ibarat sebuah tayangan dan kita adalah pelakonya...
kenangan itu mampu buat kita tersenyum...
kenangan itu membuat kan kita lebih berhati2 untuk meneruskan perjalanan seterusnya...
kenangan itu suatu fantasi dari rialiti...
kenangan itu tidak pernah pudar walaupun kita pernah cuba memadamnya...
kenangan itu seperti sebuah album perjalanan hidup yang tersimpan dlm memori..
kenangan itu adalah milik kita...
kenangan itu tetap kenangan dan tidak akan sesekali berubah menjadi sebuah cerita cinta milik kita...
--={@ kesaLahaN @}=--

terluka kerana dilukai amat memedihkan...orang disekeliling tidak akan pernah faham apa yang kita rasa...saban hari hidup sentiasa disalahi kerana menolak cinta...bukan niat aku untuk menolak cinta...tetapi aku tidak sanggup menipu diri sendiri dengan menerima cinta semula...sedangkan aku sudah lama kehilangan cinta itu...mungkin sudah menjadi kebiasaan sesetengah manusia di dunia ini hanya pandai menabur janji manis...dengan kata2 yang pada hakikatnya kata2 yang tajam dan akan melukakan setiap hati insan kerdil yang dilahirkan didunia ini untuk mempercayai kata2 itu...dan aku juga pernah termasuk dalam golongan insan yang mempercayai kata2 manis itu...entah la kadang2 aku rasa ingin sekali aku berlari pantas untuk meninggal kan dunia dan cara kehidupan yang aku miliki sekarang...aku ingin lari dari semua kata2 yang akan membuat kan aku menangis...dan sebab itu sehingga sekarang aku tidak lagi mahu menerima perasaan itu...tapi kenapa orang disekeliling aku tak pernah mengerti perasaan aku ini...mereka acap kali mengucap kan kata2 seperti menyalahkan aku kerana tidak menerima kehadiran cinta semula...kenapa tuduh aku tidak pernah cuba untuk menerima cinta itu???adakah dia fikir itu semua kehendak aku...sedarkah dia aku juga punya perasaan ingin disayangi...perasaan ingin dicintai seperti gadis2 lain...tetapi pernah kah dia terfikir pedihnya aku keseorangan untuk melupakan cinta lama...tahukah dia disaat aku baru menikmati kebahagian cinta itu...aku akhirnya ditinggal kan dengan kelukaan terkapai2 menagih cinta itu semula...tapi balasan yang aku terima dari semua itu hanyalah keperitan...dan kesan kepada keperitan itu sehingga kini aku merasainya
Senin, 05 Mei 2008
--={@ luaHaN @}=--

perasaan yang xdapat aku gambar kan sekarang,sedih kah aku...atau gembirakah aku...tapi jika aku gembira kenapa aku menangis...jika aku sedih kenapa aku mampu tersenyum lagi...sudah empat hari aku merindui dia...aku takut untuk menghantar mesej...dan akhirnya hari ini aku dapat mengubat sedikit kerinduan yang aku pendam...hari ni aku kuat kan semangat aku sedikit untuk mengatakan yang aku cinta kan dia...mula2 aku anggap dia xkan faham kerana aku meluahkan kata2 itu melalui kod iaitu 1437...tapi aku silap kerana dia tahu apa maksud kod itu...malu nya aku waktu itu...bukan aku malu untuk meluahkan perasaan suci ini tapi aku takut dimarahi...aku bimbang dia akan memikirkan aku seorang yang mengada2...tapi dengan sedikit gelak tawa dan gurauan dia hati aku sedikit selesa...ntah la apa yang aku rasakan waktu itu aku ingin memeluk dia erat2...kerana itu yang mampu aku buktikan yang aku amat menghargai kehadiran dia dan amat menyayangi dia...aku ingin merasa degupan jantung dia...aku ingin merasakan hembusan nafas nya...kalau boleh aku ingin bersama dengan dia xkira waktu gembira atau pun sedih...tapi aku sedar hubungan aku dan dia sebenarnya hanya satu fantasi yang sudah lama berakhir...walaupun begitu aku tetap akan mencintai dia dalam hati ini...
Langganan:
Postingan (Atom)


