Kamis, 24 April 2008

--={@ ToMBoi @}=--



walaupun persahabatan yang kita bina tidak terlalu lama dan panjang tetapi setiap minit yang kita lalui bersama amat bererti untuk aku...terima kasih kawan kerana pernah membuat aku rasa disayangi semula setelah aku mula merasa yang aku sudah kehilangan perasaan itu...terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan juga kerana perhatian yang kau berikan kepada aku selama kita menjalinkan persahabatan ini...aku juga ingin memohon maaf jika selama kita menjalinkan hubungan sebagai sahabat ini...kau pernah menitiskan air mata atau berkecil hati kerana aku...mungkin aku tidak sedar aku pernah melahirkan kata2 yang tajam...mungkin aku belum cukup mengenali siapa kau yang sebenar dan sekuat mana atau serapuh mana hati kecil kau untuk menerima semua kata yang lahir dari aku...kini mungkin kita ditakdirkan untuk menghentikan perjalanan tali persahabatan ini...mungkin satu masa kita tidak lagi bertegur sapa..tapi hati aku akan sentiasa mendoakan kebahagian dan kesejahteraan untuk kau...mungkin keputusan ini xdapat di terima tetapi tahukah kau setiap keputusan yang manusia didunia ini buat pasti ada sebab nya sendiri...maafkan aku kerana selama ini tidak pernah meluahkan apa2 kata2 yang kau tunggu dari aku...mungkin kata2 itu xpernah bermain dibibir aku tapi jauh dibenak hati aku ini aku menyayangi kau kawan..cuma aku tidak cukup baik untuk hadir dalam hidup kau dan aku doakan kau akan bahagia juga satu hari ini...aku harap kau dapat memaafkan aku kawan dan terima kasih selagi lagi di atas segalanya....

Tidak ada komentar: