Rabu, 30 April 2008

--={@ peNanT|aN @}=--


penantian itu...

satu penyeksaan

penantian itu...

satu pengharapan

penantian itu...

perlukan kesabaran

penantian itu...

tiada jawapan

penantian itu...

amat memedihkan

penantian itu...

tiada kepastian

penantian itu...

amat memilukan

penantian itu...

mempunyai banyak kemungkinan

penantian itu...

terjadi bila masih mengingati janji

penantian itu...

mungkinkah berakhir

penantian itu...

membuat kita tidak henti menangis

penantian itu...

membuat kita kehilangan diri

setiap penantian pasti akan punya jawapan,cuma yang membezakan nya adakah jawapan itu menggembira kan atau hanya menambah kepedihan dalam hati,cuma yang mampu dibuat hanya percaya dalam hati kemungkinan besar penantian itu akan membuat kita bahagia dan gembira...dan percayalah jodoh semua ditangan tuhan...

--={@ sekadaR luahaN pendeK @}=--


tensionnya hari ni...tension dengan masalah yang remeh...kepala berat sangat...bila aku tension...rasa nak marah..atau sedang marah...aku pasti mahu menangis...tapi hari ini bila aku mahu menangis untuk melegakan tension aku tu...aku tak mampu untuk menangis...dan waktu itu aku teringat kata seorang teman chatting aku...dia cerita dia pernah baca satu buku kisah seorang budak yang suka menangis...tapi suatu hari bila abang kesayangan dia meninggal dunia...budak itu tak mampu untuk menangis...dia pun pelik kenapa dia tidak punya air mata...kata kawan aku juga...dia terlalu banyak menangis untuk kekasih nya sebelum ini...mungkin pada pandangan orang menangis itu hanya buang tenaga dan air mata tetapi bagi aku apabila aku menangis aku dapat melegakan sedikit kesengsaraan dan kepedihan dalam hati aku...menangis sambil memeluk tubuh adalah satu cara untuk memujuk hati ini kerana memeluk tubuh ibarat kita memeluk hati kita untuk tidak merasa kesakitan itu...

Minggu, 27 April 2008

---={@ suaTu suRataN @}=--


menangis,menangis dan terus menangis...hanya itu saja yang mampu aku lakukan ketika memikirkan apakah ini memang adalah satu suratan atau sudah menjadi suatu sumpahan seperti dalam cerita dongeng...kenapa aku dilahir kan sebagai seseorang yang mudah menyayangi dan mudah menerima sayang...tapi akhirnya aku akan kehilangan sayang itu dan orang yang aku sayangi itu...aku sudah bosan dengan semua ini...dengan itu aku cuba belajar untuk berhenti menyayangi dan disayangi...dan aku juga akan cuba buat orang yang menyayangi aku semakin jauh dari aku...bukan niat aku untuk menghukum sesiapa pun tapi aku sedar jika aku tidak cuba menghentikan perasaan sayang itu lebih awal,satu hati nanti aku pasti akan terluka lagi dan waktu itu kelukaan dihati aku pasti akan tambah menyakitkan...dan kini aku sudah mula menepis setiap kata2 sayang itu...kini aku menyedari kesan yang terhimpit didalam hati aku adalah..aku mula merasa meluat yang meruap2 apabila ada yang menyatakan sayang kepada aku...waktu itu aku merasakan murah nya sayang dimata dia...dan perasaan jahat aku juga sentiasa meneka pasti dia mudah melafazkan kata2 sayang dan kata2 manis kepada gadis lain...walau apa pun yang berlaku di hatiku ini sentiasa terbuku bahawa cukuplah sebelum ini aku menjadi mangsa cinta murah dari seseorang yang seperti itu mudah melafazkan kata cinta tetapi tidak pernah memahami maksud cinta yang sebenar dan menghargai cinta itu...dan manusia seperti itu jugalah yang xpernah bisa memahami perasaan insan lain...kini aku tidak lagi mampu memeluk lelaki seperti itu..yang aku mampu hanya menoleh untuk melihat dia dari jauh kerana jika aku mudah mendekati diri ini kepadanya aku pasti akan terluka semula...

Sabtu, 26 April 2008

---={@ kesengsaRaaN @}=--


mencintai dan dicintai,mungkinkah terkandung kesengsaraan yang sama berat pikul nya,hanya aku yang masih sengsara demi engkau yang sudah pun diulit bahagia...sakit dan aku menangis,rasa pedih yang tiada penawar sedangkan engkau adalah penawarku...menerima cinta sedangkan kau punca aku bercinta...kehilangan kau ketika aku bahagia diulit mimpi indah...pabila tersedar aku ingin memeluk tubuh mu tetapi akhirnya aku terpinga2 kerana kau sudah pun berada jauh dariku untuk membahagiakan dia insan ketiga dalam cerita cinta kita....

Jumat, 25 April 2008

--={@ keNapa @}=--



  • bukan mudah...

bukan mudah untuk melupakan kenangan...

bukan mudah untuk melupakan orang yang kita cintai...

bukan mudah untuk melafaz kan cinta...

bukan mudah untuk mengucapkan sayang...

bukan mudah untuk membunuh keangkuhanku demi cintamu...

bukan mudah untuk belajar mencintai orang yang tidak kita cintai...


  • kenapa mudah...

kenapa mudah untuk membina kenangan...

kenapa mudah untuk mencintai dia...

kenapa mudah dia melafaz kan putus cinta...

kenapa mudah hilang nya sayang...

kenapa mudah dia merubah aku...

kenapa mudah aku ditinggalkan begini...


  • kenapa bilang...

kenapa bilang jika tak cinta...

kenapa bilang jika hanya untuk melukai...

kenapa bilang jika untuk sementara...

kenapa bilang jika ingin meninggalkan...

kenapa bilang jika akhirnya melukakan...

kenapa bilang jika bertahan untuk sementara...

Kamis, 24 April 2008

--={@ ToMBoi @}=--



walaupun persahabatan yang kita bina tidak terlalu lama dan panjang tetapi setiap minit yang kita lalui bersama amat bererti untuk aku...terima kasih kawan kerana pernah membuat aku rasa disayangi semula setelah aku mula merasa yang aku sudah kehilangan perasaan itu...terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan juga kerana perhatian yang kau berikan kepada aku selama kita menjalinkan persahabatan ini...aku juga ingin memohon maaf jika selama kita menjalinkan hubungan sebagai sahabat ini...kau pernah menitiskan air mata atau berkecil hati kerana aku...mungkin aku tidak sedar aku pernah melahirkan kata2 yang tajam...mungkin aku belum cukup mengenali siapa kau yang sebenar dan sekuat mana atau serapuh mana hati kecil kau untuk menerima semua kata yang lahir dari aku...kini mungkin kita ditakdirkan untuk menghentikan perjalanan tali persahabatan ini...mungkin satu masa kita tidak lagi bertegur sapa..tapi hati aku akan sentiasa mendoakan kebahagian dan kesejahteraan untuk kau...mungkin keputusan ini xdapat di terima tetapi tahukah kau setiap keputusan yang manusia didunia ini buat pasti ada sebab nya sendiri...maafkan aku kerana selama ini tidak pernah meluahkan apa2 kata2 yang kau tunggu dari aku...mungkin kata2 itu xpernah bermain dibibir aku tapi jauh dibenak hati aku ini aku menyayangi kau kawan..cuma aku tidak cukup baik untuk hadir dalam hidup kau dan aku doakan kau akan bahagia juga satu hari ini...aku harap kau dapat memaafkan aku kawan dan terima kasih selagi lagi di atas segalanya....

Rabu, 23 April 2008

--={@ ket|ka d|lamuN c|nta @}=---



ketika kita dilamun cinta....


semua yang masam menjadi manis


semua yang busuk menjadi wangi


senyuman si dia dianggap penawar


sebuah pandangan pun cukup membuat kita tenang


orang kata buruk pun kita pandang cantik


berjalan dalam kegelapan disangka terang


tak jumpa sehari pun disangka sebulan


semua janji dijadikan puisi


setiap nafas sentiasa mengingati dia


semua rahsia dikongsi bersama


tapi walaupun macam tu,langit xsentiasa cerah,perjumpaan pasti ada perpisahan,mimpi juga xseindah yang kita sangka,satu hari nanti semua janji cinta pasti akan tinggal janji,penawar akan menjadi racun,ini lah bahana cinta,walaupun begitu masih ramai diluar sana mencari cinta dan aku juga tidak terkecuali.....




Selasa, 22 April 2008

--={@ kaTa oRaNg @}=---


kata orang cinta itu buta....

tapi semua yang bercinta punya mata...

kata orang cinta itu luka....

tapi semua orang mahukan cinta...

kata orang cinta itu bahagia...

tapi kenapa ada yang merana...

kata orang cinta itu dusta...

tapi kenapa ramai yang sanggup didustai...

kata orang cinta itu indah...

tapi kenapa ramai yang menangis...

kata orang cinta itu bahagia...

tapi kenapa ada yang bunuh diri kerana cinta...

kata orang cinta itu racun...

tapi kenapa tiada penawarnya...

walau apa pun kata orang cinta itu tetap cinta,dalam cinta pasti banyak jawapan yang kita jumpa,semua yang pernah bercinta pasti ada jawapannya tersendiri....

---={@ sEnt|asa chEnta @}=---


mungkin kadang2 ramai yang bertanya mengapa aku tidak mahu menerima cinta lagi...bukan niat aku untuk menolak cinta kerana aku adalah manusia biasa yang tak bisa lari dari mencintai dan menyangi seseorang...tapi mungkin kerana luka lama yang mengambil masa bertahun2 lama nya untuk disembuh kan...meneruskan kehidupan ini dengan air mata dan kepedihan yang teramat sangat jadi aku belajar untuk melupakan apa bahagianya cinta dan apa pahitnya cinta...kata orang cinta itu penuh dgn luka tetapi aku terima juga kehadiran cinta itu dulu...kata orang juga selalu nya orang yang kita sayangi itulah yang akan melukakan kita...aku juga penah dilukai orang yang aku cintai dan sayangi...dan semua orang juga pasti akan merasa kannya...mungkin orang lain ada yang masih boleh membuka hatinya untuk menerima cinta...tapi aku??adakah aku melawan kehendak cinta???tidak...aku xpernah menolak perasaan itu cuma hati dan perasaan aku betul2 hancur dengan cinta lama...tiada kepercayaan yang penuh lagi terhadap cinta...jadi lebih baik aku cuba jauh kan diri ini dari cinta...cukup la aku merasa perih nya kesakitan itu...susah untuk aku tafsir kan kerana semakin aku mengingati nya aku semakan sakit...jadi lebih baik cintaku berkubur dan jadi kenangan saja dalah hatiku...jika ada betul2 cinta yang ikhlas pasti pintu hatiku akan terbuka semula...buat masa sekarang cukup la aku punya sahabat yang mampu buat aku tersenyum..

--={@ keRaNa c|nta @}=--


kerana cinta aku dilahirkan didunia ini...

kerana cinta aku gembira..

kerana cinta aku bahagia...

kerana cinta aku tersenyum...

kerana cinta aku merana...

kerana cinta aku kecewa...

kerana cinta aku terluka...

kerana cinta aku hilang keyakinan diri...

kerana cinta aku menangis...

kerana cinta aku didustai...

kerana cinta aku kehilangan kau...

kerana cinta aku menerima kehadiran kau...

kerana cinta aku bersama kau...

kerana cinta aku mulai membenci kau...

kerana cinta aku kehilangan aku...

kerana cinta aku kehilangan cintaku...